Sembang Niaga (S1)

Map Unavailable

Date/Time
Date(s) - 12/11/2018
7:00 am - 9:00 am

Location
Pelangi Sentral

Categories


Adakah anda:

  • – Sedang berniaga dari rumah untuk tambah income?
    – Sudah berniaga tetapi buntu cara nak kembangkannya?
    – Ingin menggunakan masa & sumber yang ada untuk maksimakan pulangan perniagaan dari rumah?
Zaman sekarang ini, ekonomi rumah tangga semakin mencabar. Tidak kisah yang baru mendirikan rumah tangga, atau sudah berkeluarga.

Suami isteri sibuk mencari rezeki, tetapi apabila ahli rumah semakin bertambah, baru sedar duit semakin tidak mencukupi.

Maka kita pun cuba macam-macam cara untuk cari duit lebih. Tetapi masa, kerja dan family pula tak mengizikan kita buat banyak benda.

Oleh itu ramai yang memulakan perniagaan dari rumah dengan tujuan mencari duit cepat.

Zaman sekarang kan mudah, semua online je. Buat di rumah pun tiada masalah!

Tetapi, makin lama berniaga dari rumah, banyak pula masalah lain yang tidak disangka timbul:

  • – berniaga ni letih kerana semua kita buat sendiri.
    – walaupun dah usaha sehabis baik, kita tetap rasa perniagaan kita sangkut di tahap yang sama.
    – paling meletihkan apabila orang yang beli semakin kurang. kawan-kawan yang nak support tak banyak sangat, nak cari orang baru pun susah. So, apa nak buat?

 

Kita pun join segala seminar, kelas dan peluang perniagaan setelah nampak kejayaan orang lain yang menyertainya. Maka kita pun labur duit kita untuk dapatkan pulangan yang lebih besar, buka kedai lebih besar, produk yang lebih banyak. Maka koreklah duit ASB dan simpanan dengan harapan dapat duit lagi cepat.

Rupanya… problem yang sama juga timbul, tetapi dengan lebih teruk lagi. Produk tak dapat nak jual dan duit makin kurang. Maka hari demi hari berlalu dengan produk yang tak habis dijual dan disimpan di bawah katil sehingga expired..

Adakah ini anda?

Jangan risau, anda tak keseorangan. Kami sudah lihat banyak sangat kejadian sebegini berlaku.

Tapi sebelum kita teruskan, saya nak beritahu yang apa yang anda bakal baca ni:

– Bukanlah seminar.
– Bukan kelas yang ada upsell ribu-riban.
– Bukan suruh join program labur 4-5 angka untuk jual produk (kami tak jual produk pun).

Kami telah bantu banyak perniagaan di rumah macam anda untuk berniaga dengan betul agar tak rugi masa, tenaga dan wang.

Kerana, apa yang kami nampak setelah banyak kali berjumpa peniaga kecil-kecilan adalah:

#1 – Tidak tahu di mana patut jual produk.

Inilah masalah terpaling besar yang memakan banyak duit dan masa sehingga menjatuhkan bisnes di rumah = tak tahu di mana market yang sebenar berada. Bila tak tahu, kita akan bazir banyak masa, duit dan tenaga untuk menjual kepada semua orang.

#2 – Tidak mengoptimasikan perniagaan kita untuk dapatkan masa & pulangan yang lebih tanpa keluar duit.

Realiti berniaga sebenarnya adalah banyak kerja. Kalau tidak dirancang dengan betul, memang letihlah nak handle semua. Sebab itu perniagaan sangkut je.

Adakah anda ingin kembangkan perniagaan di rumah anda dengan pasaran yang betul dan optimasikan masa anda agar perniagaan anda lebih pantas berkembang?

Jika ya, datanglah ke SEMBANG NIAGA.

SEMBANG NIAGA.

Bagaimana mengelakkan dari kejatuhan perniagaan masakini tidak kira kecil, sederhana atau besar.

Apa itu Sembang Niaga?

Sembang Niaga ialah sesi sembang santai di mana peniaga akan berbincang bersama-sama peniaga bagaimana nak elak kesilapan di dalam bisnes.

Apa yang menarik sesi ini?

Anda akan bertemu dengan tokoh korporat dari Andaman Consortium, iaitu Azlan Tahir. Beliau berpengalaman selama 30+ tahun dalam membangunkan bisnes korporat dan kini turun untuk membantu SME dalam mengembangkan perniagaan dengan betul.

Beliau akan berikan konsultansi untuk perniagaan anda dalam bilangan group yang sangat kecil agar lebih santai, personal dan direct to the point tanpa perlu pusing sana-sini.

Apa yang anda akan belajar?

#1 – Real WHY dalam berbisnes.

Tidak ada istilah big why, hanya WHY sahaja yang perlu anda tahu. Ramai orang kita berniaga sekadar ingin kaya cepat, tetapi lupa satu sebab yang sangat asas kenapa kita perlu berniaga.

Tidak perlu ke seminar motivasi, ini adalah realiti yang sudah ada dalam diri kita. Anda akan menjumpainya di sini.

#2 – Bagaimana mencari market untuk bisnes anda.

Inilah masalah paling besar yang orang kita hadapi. Tidak tahu di mana market berada. Akan akan ketahui bagaimana nak cari market untuk perniagaan anda agar anda tak bazir masa, wang dan tenaga meneka di mana pembeli berada (yang sangat memakan duit!).

#3 – Strategi optimization untuk dapatkan lebih sambil maksimumkan potensi perniagaan anda.

Letih berniaga seorang diri? Anda akan belajar bagaimana nak kembangkan perniagaan anda dengan teknik bisnes sebenar tanpa perlu labur banyak duit.

Kerana bisnes yang betul akan mendatangkan hasil tanpa perlu labur duit yang banyak!

Ini kata mereka!

[testimoni]

[testimoni]

Bangunkanlah perniagaan dengan ilmu yang sebenar agar anda tak rugi masa, tenaga dan wang. Jangan tunggu income perniagaan anda semakin merudum kerana yang merana juga adalah anda dan keluarga anda.

Datanglah ke Sembang Niaga dan jadikan perniagaan anda satu sumber mencari rezeki yang mendatangkan keuntungan yang berterusan!

 

Bookings

Bookings are closed for this event.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *